Ezylnn sah bercerai talak satu

23/10/2017 12:29pm


Ezlynn dan Adam di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini.


KUALA LUMPUR - Kemelut rumah tangga penyanyi Ezlynn dan suaminya Adam Fahmy Shamsuddin menemui titik noktah apabila pasangan itu akhirnya bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini sebentar tadi.

Lafaz cerai dibuat Adam Fahmy, 38, selaku plaintif di hadapan Hakim Syarie Noorbyetty Nasir tepat pukul 10.30 pagi tadi selepas Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 36, selaku defendan memfailkan permohonan cerai pada 7 April lalu.

Adam Fahmy selaku plaintif melafazkan cerai itu terhadap Ezlynn adalah mengikut Seksyen 47 Akta Undang- Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) 1984.

Antara alasan permohonan cerai itu termasuk tiada lagi persefahaman dan kasih sayang dalam rumah tangga yang dibina pada pada 20 November 2011.

Terdahulu sebelum lafaz cerai yang dibuat Adam Fahmy, pasangan itu bersalaman dan bermaafan. - K! ONLINE