Kelantan turun berdepan Melaka tanpa kelibat Zahasmi

23/10/2017 2:36pm


Bibi Ramjani (empat kanan, berdiri) beramah mesra dengan pengamal media negeri Kelantan di sebuah hotel terkemuka hari ini.


KOTA BHARU - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Bibi Ramjani Ilias Khan mengesahkan The Red Warriors (TRW) bakal turun menentang Melaka tanpa khidmat pengendalinya, Zahasmi Ismail pada Sabtu ini.

Bibi Ramjani berkata, keputusan untuk membenarkan Zahasmi menyambung cuti itu dibuat selepas mendapat persetujuan daripada Exco Kafa.

"Kerja-kerja melatih pasukan akan diteruskan oleh Sathit Bensoh. Saya percaya Bensoh mampu menggalas tugas Zahasmi.

"Lagipun Bensoh sudah mengenali kemampuan barisan pemain Kelantan dan saya rasa dia tidak berdepan masalah mengendalikan pasukan," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pengamal media Kelantan di sini hari ini.

Akhbar pada 13 Oktober lalu melaporkan pengendali Kelantan, Zahasmi diarahkan untuk berehat daripada melakukan tugas dan bukannya memohon cuti selama seminggu seperti yang disahkan Kafa. - K! ONLINE