Eksport kepakaran teknikal tinggi


Najib (dua dari kanan) melawat pameran pada Simposium Pengangkutan Awam Darat 2017 di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Malaysia mampu mengeksport kepakaran dalam bidang teknikal dan kejuruteraan tinggi ke luar negara bagi membantu membina projek infrastruktur berskala besar pada masa depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kepakaran anak tempatan itu diperoleh melalui hasil pelaksanaan pelbagai projek berteknologi tinggi di negara ini.

Menurutnya, dalam tempoh 10 tahun lagi, sektor pengangkutan awam darat bakal menawarkan 100,000 jawatan dalam bidang teknikal dan kejuruteraan tinggi seperti projek Rel Kelajuan Tinggi Kuala Lumpur - Singapura, Rel Pantai Timur dan Sistem Transit Rapid.

“Mereka (pekerja-pekerja rakyat tempatan) akan menjadi tulang belakang kepada sistem rel yang disediakan malah jika kita berjaya melaksanakannya dengan baik, kita mungkin mampu mengeksport kepakaran rakyat Malaysia yang berkualiti ke luar negara,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.