Ezlynn bercerai talak satu


RUMAH tangga yang dibina Ezlynn dan Adam Fahmy hanya bertahan selama enam tahun selepas mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR Kemelut rumah tangga penyanyi Ezlynn dan suaminya Adam Fahmy Shamsuddin yang sebelum ini menjadi tanda tanya akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Lafaz cerai itu dibuat Adam Fahmy, 38, selaku plaintif di hadapan Hakim Syarie Noorbyetty Nasir tepat pukul 10.30 pagi selepas Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 36, memfailkan permohonan cerai pada 7 April lalu.

Mahkamah semalam sepatutnya mendengar laporan hakam bagi kedua-dua belah pihak, namun Adam Fahmy bersetuju untuk melafazkan cerai terhadap Ezlynn.

Antara alasan permohonan cerai itu termasuk tiada lagi persefahaman dan kasih sayang dalam rumah tangga yang dibina mereka pada 20 November 2011. Terdahulu sebelum lafaz cerai dibuat, pasangan itu bersalaman dan bermaafan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.