Dua mayat terakhir ditemui


Anggota bomba dan penyelamat berusaha mengeluarkan mayat Kouk Wern yang ditemui tersepit di celah tiang cerucuk di tapak projek kondominium Granito @ Permai, Tanjong Bunga semalam.


GEORGE TOWN – Salah satu daripada dua mayat terakhir yang terperangkap dalam tragedi tanah runtuh di tapak projek kondominium Granito @ Permai di Tanjong Bunga di sini ditemui dalam keadaan tersepit di ce­lah tiang cerucuk di bawah timbunan tanah merah semalam.

Mayat ke-10 yang ditemui itu ialah penyelia projek warga tempatan, Yuan Kouk Wern, 27. Mayat mangsa yang satu-satunya rakyat negara ini dijumpai pukul 7.03 pagi tetapi ia hanya dapat dikeluarkan dari timbunan runtuhan pada pukul 11.02 pagi.

Mayat ke-11 iaitu warga Bangladesh yang dikenali sebagai Muhammad Monirul Islam pula ditemui pada pukul 7.13 pagi. Mayat mangsa terakhir itu berjaya dikeluarkan dari timbunan runtuhan pada pukul 8.31 pagi.

Kedua-dua mayat tersebut ditemui di Zon B yang terletak berdekatan dengan lokasi penemuan tiga mangsa lain iaitu Md. Nur Alam, Raza Ali dan Rahaman Abdur yang ditemui kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.