Menteri Besar Johor rasmi kemudahan sokongan PIC Petronas

24/10/2017 11:55am


Loji Kojana Pengerang yang telah siap untuk beroperasi di PIC.


KOTA TINGGI - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini merasmikan dua fasiliti sokongan bagi Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) dekat sini yang merupakan projek hiliran terbesar milik Petronas di negara ini.

Dua fasiliti tersebut iaitu Loji Kojana Pengerang (PCP) dan Terminal Regasifikasi 2 (RGT2) yang masing-masing merupakan kompenan utama bagi membekalkan kuasa dan wap serta memenuhi keperluan gas bagi laji penapisan dan petrokimia di dalam PIC.

Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, jumlah pelaburan PIC iaitu sebanyak USD27 bilion (RM110 bilion)

"Setakat September 2017, Pembangunan projek PIC sudah 77 peratus siap dan bakal beroperasi sepenuhnya pada suku pertama 2019," katanya.

Dibagunkan di atas kawasan berkeluasan 2.43 hektar bermula 2012, PIC terdiri daripada sebuah loji penapisan minyak berkapasiti 300,000 tong sehari dan kompleks petrokimia yang menghasilkan bahan kimia khusus dan berbeza. - K! ONLINE