Seorang rakyat tempatan antara 8 mangsa maut kemalangan bas kilang

24/10/2017 11:47am


Keadaan kemalangan di tempat kejadian pagi tadi.


SEBERANG PERAI - Seorang wanita tempatan, manakala tujuh lagi mangsa merupakan warga Indonesia yang disahkan maut dalam kemalangan melibatkan dua buah bas kilang di Kilometer 147, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) berdekatan Plaza Tol Juru di sini pagi tadi.

Mangsa dikenalpasti dengan nama Noriah Kasa, 30-an dari Parit Buntar, Perak antara yang dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu.

Difahamkan, Noriah bersama rakan sekerjanya dalam perjalanan ke tempat kerja di Bayan Lepas. - K! ONLINE