Kanak-kanak perempuan dua tahun cedera diserang kera ketika bermain

24/10/2017 1:37pm


Kecederaan paha pada kanak-kanak akibat digigit kera.


TAIPING – Seorang kanak-kanak mengalami kecederaan di bahagian paha apabila dia diserang seekor kera ketika bermain di halaman rumahnya di Jalan Kamunting Lama di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian sekitar jam 1 petang itu, mangsa, Nur AuliaIizzatunnisa Khairul Fais cedera di paha kiri akibat digigit haiwan liar berkenaan.

Ibu mangsa, Mazidah Che Hashim, 38, tidak menyangka kera tersebut bertindak menyerang anaknya kerana sebelum ini kera tersebut tidak bertindak sedemikian.

“Sebelum ini saya pernah melihat tiga ekor kera berada di rumah kosong bersebelahan kediaman saya, namun kera tersebut tidak bertindak ganas.

“Saya yang berada di dalam rumah ketika itu terus mendapatkan anak sebelum membawanya ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini." - K! ONLINE