Dua lelaki Indonesia ditemui lemas di Empangan Hidroelektrik Batang Ai

24/10/2017 6:45pm


Anggota APM dan bomba mengangkat mayat salah seorang mangsa lemas warga Indonesia yang ditemui petang tadi.


SRI AMAN - Dua lelaki warga Indonesia yang dilaporkan hilang selepas perahu dinaiki mereka karam di Empangan Hidroelektrik Batang Ai, Lubok Antu pada Jumaat lalu ditemui lemas di empangan itu hari ini.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, mangsa pertama yang dikenali sebagai Sudigo, 59, ditemui pada pukul 6.45 pagi.

Manakala ujarnya, mangsa kedua yang dikenal pasti sebagai Yustinus Tukiman, 59, dijumpai pada pukul 3.50 petang.

"Mayat mangsa pertama ditemui dalam keadaan terapung oleh kakitangan Aiman Batang Ai Resort.

"Mangsa kedua pula dijumpai oleh penduduk kampung yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR)," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. - K! ONLINE