Ibu lacur anak dipenjara 75 tahun

SEORANG ibu tunggal dijatuhi hukuman penjara 75 tahun selepas mengaku bersalah melacurkan dua anak sendiri di Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Tindakan durjana seorang ibu tunggal melacurkan dua anak perempuannya yang baru berusia 10 dan 13 tahun kepada warga asing di sebuah hotel bajet pada bulan lalu mendapat balasan apabila dia dijatuhi hukuman penjara selama 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh yang berusia 39 tahun menga­ku bersalah terhadap 10 pertuduhan yang dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut lima pertuduhan yang dibacakan di mahkamah, ibu tunggal itu yang merupakan ibu kandung kepada seorang remaja perempuan 13 tahun didakwa mengania­ya dengan cara melacurkan mangsa.

Bagi lima lagi pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama ke atas seorang lagi anak perempuannya berusia 10 tahun.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukannya antara pukul 9.25 pagi pada 1 Oktober lalu hingga pukul 12.21 tengah hari, 7 Oktober lalu di sebuah hotel bajet di Susur Dewata 1, Larkin Perdana di sini.

Wanita yang tidak bekerja itu didakwa melakukan kesa­lahan di bawah Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.