Bellew kena penalti 4 bulan gaji


BELLEW perlu membayar ganti rugi sebanyak empat bulan gaji kepada MAS kerana melanggar kontrak perkhidmatan.


KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd. (MAS), Peter Bellew dikenakan penalti apabila perlu membayar empat bulan gaji kepada MAS kerana gagal mengemukakan notis peletakan jawatan mengikut syarat kontrak perkhidmatan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kontrak Bellew adalah selama tiga tahun dan dalam tempoh tersebut kedua-dua pihak sama boleh mengemukakan notis selama enam bulan.

“Dalam kes CEO MAS (Bellew) ini, beliau telah meletakkan jawatan dan memberi notis ‘short’ (pendek) empat bulan.

“Jadi kita terima dan beliau kena bayar kita empat bulan gaji,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 peringkat dasar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.