Trump puji peranan Malaysia


Najib (kiri) bersama Trump (lima dari kiri) ketika sesi bergambar dengan pemimpin-pemimpin ASEAN sempena Sidang Kemuncak Peringatan Ulang Tahun ke-40 ASEAN-AS di Manila semalam.


MANILA – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan tugas cemerlang beliau ketika melaksanakan peranan Malaysia sebagai penyelaras negara dalam Dialog Hubungan ASEAN-AS.

Dalam ucapan ringkas beliau pada Sidang Kemuncak Peringatan Ulang Tahun ke-40 ASEAN-AS di sini, Trump berkata, Najib menjalankan tugasnya dengan baik.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Najib kerana tugas cemerlang yang tuan laksanakan sebagai penyelaras.

“Saya amat menghargainya. Saya sangat hargai, tuan menyelaraskan begitu baik dengan kami,” kata Trump.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kepada media Malaysia di sini pada Sabtu lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.