Import 74,759 kilogram daging haram


Anggota dan pegawai Maqis melakukan pemeriksaan ke atas tiga buah kontena yang terkandung daging import yang tidak mempunyai permit yang sah di Pelabuhan Pasir Gudang pada 26 Oktober lalu.


JOHOR BAHRU – Tindakan sebuah syarikat makanan yang mengimport sebanyak 74,759 kilogram (kg) daging ayam dan itik proses tanpa permit sah bulan lalu mengundang padah apabila mereka didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Mohammad Khalid Ab. Karim memutuskan demikian selepas wakil pengurus syarikat Moly Food Trading, Chiah Mok Yong mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, syarikat itu didakwa telah mengimport barangan tersebut tanpa permit sah menerusi tiga buah kontena yang ditahan di Pelabuhan Pasir Gudang dekat sini pada pukul 3 petang, 26 Oktober lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.