‘Ibu sudah bagi restu berkahwin’


Abam masih belum bersedia mendedahkan wajah dan identiti bakal suri hidupnya kepada umum.


KUALA LUMPUR – Pelawak terkenal, Abam Bocey mengesahkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan wanita yang dikenali dengan nama Hidayah pada 8 Disember depan selepas ber­kenalan selama hampir enam tahun.

Meskipun ia me­rupakan satu beri­ta gembira kepada para peminat Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Redzuan, 28, selebriti itu masih belum bersedia mendedahkan identiti bakal isterinya.

“Bagi saya, ia tidak manis selagi majlis perkahwinan kami belum dilangsungkan.

“Selagi belum sah bernikah, biar­lah identiti bakal isteri dirahsiakan terlebih dulu kerana ia sudah menjadi persetujuan antara kami berdua. Namun, apa yang boleh diberitahu, nama panggilannya ialah Hidayah, berusia 20-an dan bera­sal dari Sabak Bernam, Selangor,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.