100 kayu balak tersadai


Sebahagian kayu balak yang hanyut selepas banjir di Kampung Lebai Man, Sungai Petani semalam.


SUNGAI PETANI – Kira-kira 1,000 penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Petani dilanda kebimbangan apabila hampir 100 batang kayu balak tersadai di sungai itu selepas kejadian banjir awal bulan ini.

Tinjauan mendapati banyak kayu balak yang dipercayai hanyut dari sebuah kilang kayu berhampiran tersangkut di tepi Sungai Petani sepanjang empat kilometer di antara Kampung Wat Siam ke Pekan Baru.

Penduduk Kampung Lebai Man, Azeman Ahmad, 52, berkata, kejadian itu membimbangkan penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Petani kerana kayu balak yang tersangkut akan menyekat aliran air sekali gus meningkatkan risiko banjir.

“Kami berharap pihak berwajib seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dapat mengeluarkan semua kayu balak ini dengan segera bagi mengelakkan kawasan kampung-kampung yang terletak berdekatan sungai itu daripada dilanda banjir,” katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.