12 dicekup ketika nyenyak tidur


Pendatang asing warga Filipina yang ditahan selepas memasuki negara ini secara haram dalam operasi di perkampungan atas air di Batu 2, Sandakan kelmarin.


SANDAKAN – 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dipercayai baru tiba dari Filipina ditahan kelmarin selepas polis mengepung sebuah rumah atas air di Batu 2 di sini yang dijadikan rumah transit.

Kesemua PATI terdiri daripada 11 lelaki dan seorang wanita berusia antara 21 hingga 47 tahun itu dicekup ketika sedang tidur dalam operasi kira-kira pukul 11.50 malam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisio­ner Mohd. Yazib Abd Aziz berkata, mereka dipercayai baru mendarat di daerah ini dengan menjadikan lokasi serbuan sebagai transit.

“Kesemua PATI gagal meloloskan diri kerana sedang tidur dan hasil siasatan awal mendapati mereka datang ke negara ini selepas ditawarkan pekerjaan dalam sektor perladangan.

“Bagaimanapun, pemeriksaan terhadap suspek mendapati mereka gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri dan perjalanan yang sah,” katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.