Pelajar 120 kilogram diselamatkan


Muhammad Anuar (dua dari kanan) berehat seketika ketika dibantu oleh anggota bomba turun dari Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu semalam.


HULU SELANGOR – Anggota bomba mengambil masa kira-kira 12 jam untuk membawa turun seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dari Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu di sini semalam.

Mangsa, Muhammad Anuar Muhammad Ismail Kil, 24, yang mempunyai berat badan 120 kilo­gram menghadapi kesukaran bergerak selepas me­ngalami kekejangan otot kaki ketika mendaki bukit itu bersama tiga rakannya kelmarin.

Difahamkan, mangsa bersama tiga lagi rakannya Mohd. Shahrun Mahmud, 24, Muhamad Shahril Mazwan Mazlam, 23, dan Nurul Harizah Salleh, 24 tahun mula mendaki bukit setinggi 1,053 meter itu pada pukul 9 pagi kelmarin.

Bagaimanapun, ketika pendakian, Muhammad Anuar dikatakan terpisah dengan rakannya sebelum mengalami kekejangan otot menyebabkan dia mene­lefon talian kecemasan bagi meminta bantuan pihak bomba.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Rosdi Shafie berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 4.26 petang kelmarin.

Menurutnya, sebanyak 13 anggota yang dibahagi kepada dua kumpulan diarahkan mendaki bukit itu untuk operasi menyelamatkan mangsa.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.